suria

Abang Akui Ayah Tiri Panas Baran

Abang mangsa yang buntu mengenangkan nasib mereka adik-beradik. foto Sinar Online

KUANTAN: Abang sulung kanak-kanak yang ditemui dirantai pada tong gas, Muhammad Al-Asraf Danial Mohd Al-Assadi, 16, mengakui bapa tirinya seorang yang panas baran.

“Terkejut bila dengar berita ni dan kesal dengan tindakannya. Sebelum ni, adik pernah mengadu bapa tiri selalu memukulnya.

“Sukar saya bantu adik sebab saya pun tak sanggup tinggal bersamanya dan kini terpaksa menumpang di rumah kawan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya juga pernah dipukul ketika berusia 12 tahun hingga cedera. Parut pun masih ada sampai sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia amat berharap bapa kandung yang tinggal di Melaka tampil membantu.

“Saya makin buntu sebab saya sukar hubungi ayah kandung kerana telefon saya rosak menyebabkan saya terlupa nombor telefon bimbitnya,” katanya. - Sinar Online

panas baran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain