suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Pegawai DCA Ke Madagascar

KUALA LUMPUR: Malaysia menghantar pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) ke Madagascar bagi mengenal pasti satu serpihan pesawat yang dipercayai milik MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai mengesahkan beberapa orang pegawai telah pergi ke Madagascar untuk tujuan tersebut.

"Kami telah dihubungi dengan pihak berkuasa Madagascar dan saya telah mengarahkan pegawai-pegawai kita untuk mengambil serpihan tersebut di sana.

"Ia hanya serpihan kecil," jelasnya kepada media selepas melancarkan  Sambutan Minggu Maritim Sedunia Peringkat Kebangsaa 2017, pada Selasa.

Tiong Lai berkata, langkah itu dibuat sejajar dengan prosedur standard operasi (SOP) dalam mengendalikan pengenalpastian serpihan pesawat berkenaan.

Dalam pada itu Tiong Lai meminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar, Zahid Houseinaly Reza bulan lalu.

"Saya tidak rasa ada berkaitan. Ia juga satu spekulasi yang tidak bertanggungjawan dan kes tersebut masih di bawah siasatan polis," ujarnya.

MH370, DCA

Artikel Sebelum

Pantang Ponteng Kerja!

Artikel Berikut

Artikel Lain