suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Anggota TUDM Cedera Langgar Trak Tentera

Pemandu kereta dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. - Gambar hiasan/ Pixabay

IPOH: Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia cedera selepas kereta yang dinaiki mereka melanggar trak tentera di KM16 Lebuhraya Gerik-Jeli di Gerik, kira-kira 130km dari sini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa yang mengesahkan kejadian itu berlaku pada pukul 7.16 malam pada Isnin berkata, kereta  tersebut dalam perjalanan ke Jeli, Kelantan.

Pemandu tersebut dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan.

"Kereta itu melanggar bahagian sisi sebuah trak tentera dan ia belaku ketika hujan," katanya pada Selasa.

Ismail berkata, pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan, sementara seorang lagi penumpang ditahan di wad di Hospital Gerik kerana kecederaan ringan di kaki.

Manakala, pemandu dan 11 penumpang trak tentera yang terlibat pula tidak mengalami kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain