suria

Gelaran Sultan Johor Dalam BI Diubah

Gambar fail Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah diambil semasa Istiadat Kemahkotaan Kebawah DYMM pada 25 Mac 2015. - Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU: Gelaran rasmi dalam bahasa Inggeris kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ditukar daripada "His Royal Highness" kepada "His Majesty", berkuatkuasa 5 September ini.

Presiden Majlis Mahkamah Diraja Johor (MMDJ), Datuk Abdul Rahim berkata, Sultan Ibrahim mengeluarkan dekri perubahan tersebut tertakluk kepada keistimewaan dan kuasa yang ada pada Baginda mengikut Artikel 7(2)(d)(f) dan (g) Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor 1985.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa oleh MMDJ, Sultan Ibrahim turut memperkenan gelaran baharu buat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah kepada "Her Majesty".

Sementara itu, gelaran dalam bahasa Melayu "Duli Yang Maha Mulia" untuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah masih dikekalkan.

Bagaimanapun, dalam perbualan, Sultan Ibrahim hendaklah dirujuk sebagai "Your Majesty, Tuanku atau Sir" dan Raja Zarith Sofiah pula sebagai "Your Majesty, Tuanku atau Madam".

Sultan Johor

Artikel Sebelum

MH370: Pegawai DCA Ke Madagascar

Artikel Berikut

Artikel Lain