suria

SPRM Gesa Kaji Skim Gaji Penguat Kuasa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa kerajaan melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota dan pegawai agensi-agensi penguat kuasa di negara ini khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini salah satu langkah penting bagi mengelak anggota dan pegawai agensi-agensi penguat kuasa terjerumus ke dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa,” kata SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sempena pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Pelantikan Mohamad Fuzi, 58, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib semalam.

SPRM yakin Mohamad Fuzi berkemampuan membawa perubahan dan pembaharuan ke arah menjadikan PDRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang lebih cemerlang dan terulung di negara ini dan pada masa yang sama memastikan PDRM bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

"SPRM juga percaya beliau akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti,” kata suruhanjaya itu.

SPRM turut yakin Mohamad Fuzi dapat memperkasa kerjasama antara kedua-dua pihak yang telah sedia terjalin dalam membanteras jenayah di negara ini.-Bernama
SPRM, Fuzi Harun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain