suria

Bekas CEO FIC Direman Empat Hari

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corp (FIC) Zaid Abdul Jalil direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembelian hartanah syarikat itu di London.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan Zaid direman selama empat hari bermula Selasa.

Zaid tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi dan dibawa masuk menggunakan bantuan kerusi roda.

Dia ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin selepas disoal siasat hampir 12 jam.

FIC merupakan anak syarikat Felda.

Pada minggu lalu, dua bekas pegawai utama syarikat itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan pembelian hotel di Kensington, London yang dikatakan dibeli pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran antara 2013 dan 2015.

FIC, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain