suria

10 Remaja Perempuan Belasah Rakan Disiasat

KOTA KINABALU: Pelajar berusia 16 tahun yang dibelasah dan disepak oleh 10 remaja perempuan yang kecewa dengan tindakannya bergambar bersama seorang lelaki di Kunak, Sabah.

"Salah seorang daripada gadis marah terhadap mangsa kerana dia bergambar bersama seorang remaja lelaki ketika sambutan Hari Raya dan memuatnaiknya secara dalam talian," kata Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Abd Rashid Abdullah.

Seramai 10 remaja itu yang berusia antara 15 dan 17 tahun dibawa ke balai polis dari tiga sekolah menengah berasingan pada Isnin bagi membantu siasatan kes buli yang videonya menjadi tular baru-baru ini.

Menurut Mohd Nasarruddin, insiden berlaku di sebuah padang di daerah Kunak, minggu lalu.

"Kami sedang mengambil keterangan daripada suspek dan mangsa," katanya.

Beliau berkata polis turut memanggil keluarga remaja terbabit selain pegawai pendidikan daerah dan pengerusi persatuan ibu bapa dan guru untuk membincangkan insiden itu selain tindakan yang sewajarnya diambil.

Pegawai Jabatan Pendidikan Sabah berkata mereka akan menyerahkan isu itu kepada polis dan sedia memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

belasah pelajar, Kunak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain