suria

Tun M Masih Bapa Pemodenan Negara

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Gelaran Bapa Pemodenan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dikekalkan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, fakta tersebut masih relevan dan dikekalkan dalam buku teks Kementerian Pendidikan.

"Penulisan buku teks Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan dokumen kurikulum dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau tempoh tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Dalam soalannya, Lip Eng ingin tahu sama ada kerajaan masih menggelar Mahathir sebagai Bapa Pemodenan Malaysia dan kerjaya beliau sebagai perdana menteri dijadikan bahan pembelajaran dalam buku teks sekolah.

Mahathir, digelar Bapa Pemodenan kerana telah melaksanakan pelbagai projek moden sepanjang 22 tahun menerajui negara.

Antaranya, ialah pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Antarabangsa Sepang dan perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT).

Beliau kini menubuhkan Bersatu dan mengetuai pembangkang sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Bahana Sambung Bulu Mata

Artikel Berikut

Artikel Lain