suria

Budak 3 Tahun Hilang Ditemui Selamat

Nadyne Shazia.

PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang pada Rabu ditemui selamat selepas pulang ke rumah.

Bapa kepada Nadyne Shazia iaitu Muhammad Syakir memaklumkan perkara tersebut di Twitter pada kira-kira pukul 12.30 pagi Khamis bahawa dia telah berjumpa semula dengan anak perempuannya.

"Dia dah pulang! Pembantu rumah saya bawa pulang anak perempuan saya," katanya yang mengesahkan anaknya selamat.

Usaha untuk menghubungi ibu bapa Nadyne untuk mendapatkan komen bagaimanapun tidak berhasil.

Ibu Nadyne, Nadirah Mohamed menyedari kehilangan itu selepas pulang ke rumah dari tempat kerja.

Menurut Nadirah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pembantu rumah dan anak perempuannya berjalan keluar dari Kondominium Putravilla di Taman Melati pada pukul 10 pagi Rabu.

Dia cuba menghubungi pembantu rumah tetapi tidak berjawab.

Dia kemudiannya membuat laporan berhubung kehilangan anaknya di balai polis Wangsa Maju.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain