suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ancam Penggal Kepala Siti Kasim Ditahan

Siti Kasim.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki membuat ancaman menerusi media sosial untuk memenggal kepala peguam, Siti Kasim.

"Ya, kami mengesahkan bahawa suspek yang merupakan seorang lelaki ditahan pada Selasa malam berhubung kes tersebut," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menerusi pesanan teks.

Siti turut berkongsi berita mengenai penahanan itu di akaun Facebooknya pada Rabu.

Beliau juga memberitahu bahawa suspek terbabit direman selama tiga hari.

Menurut laporan polis yang dibuat Siti Kasim, yang dimuat naik di Facebooknya, beliau menerima ugutan berkenaan awal bulan ini.

Ancaman tersebut termasuk menggesan orang ramai supaya memenggal kepalanya.

Dipercayai ugutan itu berikutan komennya mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dilaporkan oleh sebuah portal.

Siti Kasim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain