suria

Pesawat Japan Airlines Berpatah Balik Ke KL

Gambar fail pesawat Japan Airlines.

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Japan Airlines dalam penerbangan ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mengalami masalah teknikal pada pagi Rabu.

Pengarah Pentadbiran Japan Airlines Kuala Lumpur, Akihito Takei berkata, pesawat menerusi penerbangan JL724 yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita berpatah balik selepas mengesan masalah membabitkan sistem elektriknya.

"Kita terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang selepas penerbangan mengalami masalah elektrik dan bukannya disebabkan masalah enjin," kata Takei kepada The Star pada Rabu.

Takei berkata, juruterbang memutuskan untuk kembali ke KLIA pada pukul 2.18 pagi dan mendarat selamat pada pukul 3.41 pagi.

"Pesawat itu masih di lapangan terbang dan kita sedang menunggu komponen dari Tokto untuk kerja-kerja baik pulih," katanya.

Beliau menambah, kebanyakan penumpang dipindahkan ke penerbangan lain seperti Malaysia Airlines dan All Nippon Airways, manakala selebihnya akan berlepas menerusi penerbangan syarikat itu pada Rabu malam.

"Kami memohon maaf kepada para penumpang di atas kesulitan yang berlaku," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain