suria

Jalan Belum Siap, Sekolah Baharu Masih Ditutup

PETALING JAYA: Sebuah sekolah jenis Tamil di Ladang Lanchang, Temerloh yang selesai dibina lebih setahun yang lalu, masih ditutup kerana tiada kemudahan jalan untuk ke sana, lapor akhbar Malaysia Nanban.

Bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lanchang, selesai dibina pada 2016 dengan kos lebih RM7 juta di kawasan sebuah ladang dengan melibatkan kawasan seluas 12,000 meter persegi dan terletak kira-kira satu kilometer dari Temerloh.

Namun, Majlis Perbandaran Temerloh enggan meluluskan operasi bangunan kerana pembinaan laluan 700 meter yang masih belum siap.

Selepas pihak kontraktor mengesahkan laluan itu bukan sebahagian dari pelan pembinaan, Menteri Timbalan Pendidikan Datuk P. Kamalanathan terpaksa memberi peruntukan yang berbeza. 

Pembinaan jalan baharu itu dianggarkan siap dalam masa sebulan.

Ibu bapa dan guru-guru berharap para pelajar dapat mengggunakan bangunan itu pada tahun depan.

SKJT Ladang Lanchang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain