suria

Niat Nak Takutkan Anak Tak Berhasil

PETALING JAYA: Sebuah aplikasi yang menampakkan lipas dan cicak seolah-olah sedang berjalan-jalan di atas skrin telefon bimbit menjadi bualan hangat netizen sejak kebelakangan ini.

Gara-gara penangan Lizard run in phone, prank on screen atau animal life yang boleh didapati di Google Apps, ramai netizen terutamanya ibu bapa cuba memuat naik aplikasi itu di telefon bimbit mereka.

Kebanyakan mereka memuat naik aplikasi itu untuk menakut-nakutkan anak-anak supaya menghentikan tabiat bermain telefon bimbit.

Namun, sebaliknya berlaku sebaik sahaja aplikasi itu dimuatnaik di telefon bimbit masing-masing.

Ada di kalangan netizen memberitahu aplikasi itu menyebabkan mereka geli untuk menyentuh skrin telefon bimbit.

@Shema Nora berkata:"Eeee... goli den. Tengah sedap layan WhatsApp tiba-tiba keluar semua, mahu tercampak fon.

@Ramlah Ibrahim berkata:"Eeee, jangan dok harap akak nak install apps untuk bagi ada lipas/cicak dekat skrin... taubat tak nak."

@Sabrina Ab Rahim berkata:"Ramai ibu bapa dah cuba apps yang keluar lipas dan cicak pada handphone untuk takut-takutkan anak-anak. Padahal mereka sendiri pun tak berani if real."

Netizen berkongsi gambar paparan skrin telefon bimbit yang dipenuhi cicak dan lipas yang sedang berkeliaran.

Dalam pada itu, ramai ibu bapa yang memuatnaik aplikasi itu meluahkan rasa kecewa kerana ia tidak berjaya menakutkan anak-anak mereka.

Menurut salah seorang pengguna Facebook, Eyra Nazira, anaknya bukan sahaja tidak takut tetapi meminta untuk menukar kepada haiwan lain.

"Kecoh pasal apps lipas la, cicak la dekat wall phone... tadi try la konon download kat phone Haris. Tapi tersangat dukacita sebab langsung tak takut pun, siap request nak haiwan lain tak nak cicak," katanya.

@Surida Abdul Samad berkata:"Suami terjebak install apps lipas dan cicak konon tak nak bagi Maliki tekan YouTube tu, sekali dia langsung tak takut pun.

"Elok dia ketawa pukul-pukul cicak tu, ikut bunyi apps tu sekali. Kecundang layankan dia pukul cicak sampai pukul 2 pagi."

Malah, ada netizen yang berkongsi kisah lucu yang dialami anak-anak mereka apabila aplikasi itu dimuatnaik dalam telefon bimbit.

"Tadi ada aku nampak di Facebook. Ada apps semut dan cicak, mereka cakap kalau pasang tu di handphone anak takut nak kacau handphone. Aku download la, sekali anakku pulang, dia buka handphone nampak cicak sama lipas berjalan di handphone tu, dia tak takut pun.

"Dia mahu main handphone juga, dia malas nak tengok cicak dan lipas berjalan-jalan dekat skrin handphone tu. Dia pergi ambil spray racun nyamuk. Suruh spray pada semut dan cicak pada handphone tu," kata Rohana Ana Abd Salleh.

telefon bimbit, Google Apps

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain