suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Polis Ditahan Cuba Bawa Masuk Barang Dilarang

IPOH: Dua anggota polis ditahan kerana dipercayai cuba membawa masuk barangan dilarang ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata penahanan itu dibuat kira-kira pukul 10 pagi Selasa selepas seorang pegawai kanan polis menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

Kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing berpangkat Lans Koperal dan Koperal.

"Hasil pemeriksaan itu kami menjumpai dua plastik sampah dalam kereta mereka.

"Antara barang yang ditemui adalah bateri, rokok, minuman botol, coklat, ubat gigi, kek, daun terup dan lain-lain barang.

"Kami sedang menyiasat kes ini," katanya dalam satu kenyataan media.

polis, lokap

Artikel Berikut

Artikel Lain