suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak Elak Pejalan Kaki, Rempuh Restoran Nasi Kandar

GEORGE TOWN: Sebuah kereta merempuh masuk ke restoran nasi kandar popular di Chulia Street Ghaut di sini, lewat malam Isnin.

Difahamkan pemandu kereta berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Weld Quay ke Chulia Street, cuba mengelak daripada melanggar seorang pejalan kaki yang melintas jalan.

Kenderaan yang dipandunya pada mulanya melanggar sebuah motosikal sebelum merempuh ke dalam restoran.

Bagaimanapun, tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian pada pukul 10.50 malam itu.

Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kes disiasat kerana memandu dengan cuai.

Artikel Sebelum

Artikel Lain