suria

Rambut Kuning, Emas Hadir Majlis 'Bakal Orang Terkaya'

Ahli yang rambutnya diwarnakan kuning atau emas tiba pada majlis makan malam yang diadakan di Chai Leng Park, Butterworth.

BUTTERWORTH: Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis makan malam amal yang dianjurkan warga China, Zhang Jian yang mendakwa dirinya "bakal menjadi lelaki terkaya di dunia".

Hadirin pada majlis makan malam di Taman Chai Leng di Prai pada Ahad itu dijanjikan insentif RM1,000, dengan syarat mereka tampil dengan gaya yang bertepatan.

Dikatakan setiap seorang perlu membayar sebanyak RM200 untuk menghadiri majlis makan malam itu.

Syarat lain adalah hanya mereka yang rambutnya diwarnakan kuning atau emas sahaja dibenarkan masuk.

Wartawan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk membuat liputan.

Zhang bagaimanapun tidak kelihatan pada majlis tersebut.

Pada April lalu, dia turut didakwa menganjurkan majlis makan malam amal yang seumpamanya di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di Sabah.

Menurut beberapa akhbar utama berbahasa Cina, syarikat pelbagai peringkat pemasaran Zhang dikatakan akan membuat kemunculan semula di Malaysia dengan menganjurkan beberapa majlis makan malam sejak kebelakangan ini.

Beberapa ahli syarikat mendakwa Zhang berada di Maldives.

Menurut laporan media, raturan ahli yang kebanyakannya dari China turut menghadiri salah satu majlis makan malam yang dianjurkan Zhang.

Ada hadirin dalam kalangan wanita tampil dengan kepala botak, manakala yang lain dilihat mempunyai tatu dengan nama Zhang sebagai tanda sokongan, malah beberapa lelaki memaki gaun pada majlis.

Zhang Jian

Artikel Lain