Puntung Akhirnya 'Ditidurkan' - Semasa | mStar

Puntung Akhirnya 'Ditidurkan'

KOTA KINABALU: Puntung, badak Sumatera betina yang menghidap kanser sel skuamus atau kanser kulit, diberi suntikan eutanasia (memberikan ubat untuk mempercepatkan proses kematian bagi menamatkan kesengsaraan) di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu, Ahad.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) Augustine Tuuga berkata penjaga Puntung, Wilson Kuntil, Hassan Sani dan Samad Gubin telah tidur bersama-sama Puntung dalam padok hutannya, bagi memastikan haiwan itu di bawah pengawasan sepanjang masa.

"Karsinoma itu telah semakin membesar dari segi saiz dan terdapat tanda-tanda jelas Puntung mengalami kesukaran bernafas yang ketara.

"Dalam rundingan dengan penasihat pembiakan badak kami di Institut Penyelidikan Zoologi dan Hidupan Liar Leibniz, Berlin, dan pihak lain, keputusan dibuat untuk menamatkan ketidakselesaannya, dan awalkan tarikh prosedur itu. Sebelum ini kami rancang pada 15 Jun," katanya dalam kenyataan.

Tuuga berkata, dalam usaha mencapai matlamat untuk menyumbang kepada kelangsungan spesiesnya, ovari Puntung dihantar dengan segera ke Institut Agro-Bioteknologi Malaysia, Serdang.

"Pada masa sama, pakar pembiakan Indonesia Prof Arief Boediono datang dari Jakarta, bersedia untuk mendapatkan apa-apa sel telur yang mungkin wujud.

"Jika oosit boleh dikeluarkan dan matang, sperma beku daripada badak jantan Tam akan dicairkan untuk suntikan sperma intrasitoplasma oleh Prof Arief. Kita akan tahu keputusannya dalam beberapa hari lagi," katanya.

Puntung menderita sejak pertengahan Mac lepas apabila bahagian dalam rahangnya bernanah akibat jangkitan, yang tidak akan sembuh walaupun mendapat rawatan.

Badak betina ini menarik perhatian dunia pada April lepas kerana menjalani pembedahan pergigian di bawah kendalian sekumpulan pakar daripada pelbagai negara, di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.

Puntung adalah satu daripada tiga ekor badak Sumatera di negara ini, dan sekarang hanya tinggal dua.

Puntung , badak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain