Malaysia Kutuk Serangan Keganasan Di London - Semasa | mStar

Malaysia Kutuk Serangan Keganasan Di London

Polis terus memantau Borough Market selepas serangan keganasan di kota London awap pagi Ahad.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan keganasan di tengah kota London yang dilaporkan mengakibatkan enam orang terbunuh.

Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau amat dukacita dengan insiden itu.

"Saya amat terkejut dan kecewa. Malaysia mengutuk tindakan kejam itu dan kami kekal berdiri teguh dengan rakyat Britain," kata Najib dalam catatan terbaru di Twitter beliau pada Ahad.

Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan keganasan di London Bridge dan Borough Market di tengah kota London lewat Sabtu malam.

Tiga suspek ditembak mati oleh polis.

Serangan itu berlaku hampir dua minggu selepas seorang penyerang bunuh diri membunuh sekurang-kurangnya 22 orang pada konsert di Manchester Arena di Manchester.

Serangan London

Artikel Sebelum

Pesawat Ringan Terhempas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Saya tak kenal wanita itu" - Issey