suria

Pelajar Antara Samseng Jalanan Ditahan

IPOH: Empat pelajar antara 22 yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua JSPT Perak, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata operasi yang bermula pukul 10.30 malam tadi dan tamat kira-kira pukul 5 pagi dilaksanakan dalam dua fasa iaitu yang pertama di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), manakala fasa kedua di Plaza Tol Ipoh Selatan, arah utara.

Katanya kesemua yang ditahan berumur lingkungan 17 hingga 27 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana berlumba haram.

Katanya dalam operasi di Dataran MBI, sebanyak 19 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik antaranya tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, memandu melebihi had laju dan menyebabkan  halangan lalu lintas.

"Sebanyak enam motosikal disita di fasa pertama ini, manakala dalam fasa kedua sebanyak 34 saman dikeluarkan dan 18 motosikal disita," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Samseng Jalanan

Artikel Lain