Penyu 60Kg Diselamatkan - Semasa | mStar

Penyu 60Kg Diselamatkan

-foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

SEREMBAN: Seekor penyu yang dianggarkan seberat 60kg diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat Port Dickson selepas tersangkut di muka pintu Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar di Port Dickson, kira-kira 32km dari sini, Khamis.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.19 tengah hari Khamis dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Ketika sampai, kita dapati penyu yang dipercayai spesis karah itu berlegar-legar di dalam kawasan stesen itu sebelum tersangkut di muka pintu. Kita merasakan penyu berkenaan masuk ke dalam kawasan stesen itu ketika air laut pasang dan pintu air (stesen) terbuka," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan penyu berkenaan dan ia kemudiannya dilepaskan ke laut.

"Agak berat penyu ini dan kita terpaksa gunakan tali keselamatan untuk mengeluarkannya. Namun penyu itu tidak cedera," katanya. -Bernama

penyu , Bomba PD

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"