suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Turun Minyak, Lagi 'Sakit' Pengguna?

Harga minyak kini diselaraskan pada setiap minggu. - Gambar hiasan

PETALING JAYA: Penurunan harga minyak mungkin dianggap sebagai berita baik bagi rakyat Malaysia, namun tidak bagi pengusaha stesen minyak di negara ini.

Hilang hak dalam menentukan waktu terbaik untuk membeli minyak menjadi punca pengusaha stesen minyak mengalami kerugian sejak pengumuman harga minyak diselaraskan pada setiap minggu.

Dekan Prasiswazah Universiti Binari (Malaysia), Prof. Dr Zulkifli Senteri berkata, terdapat banyak stesen minyak yang terpaksa ditutup sekiranya perkara tersebut dibiarkan berterusan.

"Apabila banyak stesen minyak terpaksa ditutup, pengguna juga akan terkena tempiasnya. 

"Mereka terpaksa memandu lebih jauh untuk mengisi minyak pada masa akan datang. Situasi itu akan meyusahkan mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Pengusaha stesen minyak lebih terhimpit apabila mereka terpaksa menjual minyak pada harga lebih rendah berbanding harga belian bekalan minyak stok lama.

"Sekiranya harga minyak yang akan diumumkan terdapat penurunan, minyak akan dihantar sebelum pukul 12 malam supaya pihak berkaitan dapat mengenakan jualan pada harga terdahulu.

"Namun, sekiranya berlaku kenaikan pula, minyak akan dihantar ke stesen mereka selepas pukul 12 malam," jelasnya.

Hal ini akan menyebabkan para pengusaha stesen minyak mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.

Sebelum ini, pengusaha stesen minyak bebas menentukan masa terbaik untuk membuat belian kerana harga minyak diselaraskan secara berkala.

harga minyak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain