suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Sambilan Pandu Lawan Arus Bebas Dadah

BUKIT MERTAJAM: Model sambilan, Ng Pei Ven, yang memandu melawan arus dan menyebabkan kemalangan maut pada Mac lalu dibebaskan daripada pertuduhan mengambil dadah.

Majistret Jamaliah Abd Manap memberitahu Ng, 19, bahawa ujian air kencingnya negatif dan dia boleh mendapatkan semula wang jaminannya.

"Ujian air kencing anda negatif. Anda dilepaskan dan dibebaskan. Anda boleh dapat semula wang jaminan," kata Jamaliah pada Jumaat.

Pada 17 Mac lepas, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis amphetamine.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua iaitu memandu dibawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, sebutan kes ditetapkan pada 5 Julai depan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Dalam insiden pada 14 Mac lalu, Pei Ven memandu melawan arus sehingga merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.

model sambilan, bebas dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain