suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lemas Kaki Tersepit Celah Batu

KUANTAN: Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan lemas selepas mandi di Air Terjun Chamang, Bentong petang Jumaat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata, seorang pegawai dan 11 anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 3.45 petang berhubung kehilangan mangsa.

"Menurut laporan awal mangsa, Monir Hossain Jalal Uddin, 40-an, dilapor telah turun mandi di kawasan air terjun berkenaan bersama saudara-mara.

"Tiba-tiba aras air sungai meningkat mendadak menyebabkan mangsa hilang dibawa arus deras," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Katanya, anggota penyelamat kemudian menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kaki tersepit di celah batu di air terjun berkenaan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. - BERNAMA

lemas, Air Terjun Chamang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain