suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Kerat Jari Anak Saudara Dikehendaki Polis

SEORANG lelaki dikehendaki polis kerana didakwa mengerat jari anak saudaranya yang berusia lapan tahun, lapor Guang Ming Daily.

Dalam kejadian di Kuching, Sarawak itu, mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu di tingkat atas sebuah rumah kedai apabila suspek muncul kira-kira pukul 1 tengah hari Rabu dan bertanya di mana ibunya berada.

Apabila budak perempuan itu memberitahu suspek bahawa ibunya sedang bekerja di tingkat bawah, suspek tiba-tiba memberitahu bahawa dia mahu mencederakan kanak-kanak berkenaan.

Budak perempuan itu cuba untuk menyelamatkan diri di tandas tetapi gagal.

Bapa saudaranya telah bertindak menyerang dan memotong jarinya.

Lelaki itu bertindak melarikan diri apabila kanak-kanak itu menjerit.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran. Satu laporan polis telah dibuat dan polis kini sedang memburu suspek.


kerat jari, Kuching

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain