suria

PM 'Kunci Mulut' Isu Bandar Malaysia

Bandar Malaysia.

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil pendekatan kunci mulut mengenai perjanjian Bandar Malaysia tetapi berjanji akan bercakap mengenainya kemudian.

Bercakap kepada pemberita Malaysia di sini selepas tiba dari Hangzhou, Zhejiang, Najib enggan memberikan komen ketika ditanya mengenai perkara itu.

"Biar kita fokus terhadap Jack Ma hari ini," kata Najib mengenai kunjungan ke Hangzhou di mana beliau melawat ibu pejabat Alibaba dan bertemu pengasasnya.

Sebelum menamatkan sidang media itu, Najib berkata:"Jangan risau, akan ada pengumuman lain selepas ini.

"Menteri Kewangan pada minggu lalu mengumumkan telah membatalkan perjanjian untuk menjual 60% kepentingan ekuiti dalam Bandar Malaysia.

Najib meminta pemberita supaya memberi perhatian kepada Belt and Road Forum (BRF) for International Cooperation, tujuan utama lawatan lima hari beliau ke China.

Bandar Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain