suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut Langgar Penghadang Jalan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 448.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu, kenderaan mangsa, Chai Jack Meng, 24, dipercayai hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan sebelah kiri.

"Kereta mangsa turut tercampak sejauh 50 meter ke semak selepas merempuh penghadang jalan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rawang dan keadaan cuaca ketika itu didapati hujan dan jalan basah. 

Mangsa maut di tempat kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama

Artikel Sebelum

Pensyarah 'Rasis' Mohon Maaf

Artikel Lain