suria

Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan, Dokumen Palsu Kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly didakwa di Mahkamah Sesyen kerana memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan.

Adam mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan pada Jumaat.

Hakim Mahkamah Sesyen, Allaudeen Ismail menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin bagi semua kesalahan.

Adam didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Februari dan 22 Februari lalu.

Pada 13 April lalu, Adam ditahan selepas keterangan beliau direkodkan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.

Beliau juga memperoleh gelaran Datuk yang dikurniakan Pahang kerana sumbangannya kepada beberapa projek di negeri berkenaan.

Adam Rosly

Artikel Sebelum

Maut Langgar Penghadang Jalan

Artikel Berikut

Artikel Lain