suria

Polis Tahan Perompak Kedai Serbaneka

IPOH: Polis menahan dua lelaki yang merompak kedai serbaneka di Taman Okrid pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Abd Fatah Abd Rahman berkata, dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 28 tahun ditahan di Chemor pada pukul 1 Pagi Khamis dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek membuat pengakuan mengenai rompakan ketika disoal siasat.

Abd Fatah berkata, dua lelaki tersebut pergi ke kedai berkenaan pada kira-kira pukul 7 malam.

Salah seorang daripada mereka mengacukan pistol kepada isteri pemilik kedai.

Ketika kejadian, pemilik kedai di dalam tandas.

"Mereka mengambil wang tunai RM1,500 dan 10 paket rokok.

"Rompakan berlaku kurang 30 saat. Mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana kejadian berlaku begitu pantas.

"Mereka memakai topi keledar dengan visornya masih ditutup," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berikut

Artikel Lain