suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dadah: Suami Isteri Ditahan Di R&R Gurun

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri ditahan bersama dadah heroin seberat 2.26 kilogram bernilai RM50,000 di Hentian Rehat dan Rawat (R and R) Gurun, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superitendan Helmi Aris berkata, suspek lelaki berusia 29, yang bekerja sebagai buruh, dan isterinya berusia 38 tahun itu ditahan ketika sepasukan anggotanya membuat operasi di R and R tersebut kira-kira 4.20 petang.

"Kedua-dua suspek baru keluar daripada kereta Proton Iswara mereka di tepi jalan kawasan parkir lori di hentian R and R tersebut.

"Semasa pemeriksaan kenderaan, polis menjumpai satu beg plastik mengandungi lima bungkusan plastik lutsinar disyaki ketulan dadah yang dibungkus dengan surat khabar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, bekalan dadah itu dipercayai untuk diedarkan di kawasan Gurun dan Sungai Petani.

Katanya, pasangan suami isteri itu akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-- Bernama


Gurun, Helmi Aris

Artikel Sebelum

Artikel Lain