suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benjy Dicekup Sembunyi Dadah Dalam Dubur

PETALING JAYA: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki dadah, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sekali lagi ditahan bagi kesalahan yang sama pada Selasa lalu.

Kali ini anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan, Sumatera Utara.

Menurut laporan detik.com, Ketua Jabatan Kastam, Zaky Firmansayah mengesahkan mengenai penangkapan berkenaan.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, kami menemui dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam duburnya," kata Zaky.

Menurut Zaky, Benjy tiba ke Medan menaiki pesawat Malindo Air pada Selasa malam.

Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa Benjy mengaku membeli dadah itu dari seseorang di Kuala Lumpur.

Pada April 2016 Benjy, 39, dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.

Benjy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain