suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hukuman Kompaun, Pemotongan Mata Demerit Dalam Akta JPJ

Tiong Lai pada Majlis Pelancaran Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT),Khamis. Foto: SIA HONG KIAU/The Star

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 membolehkan pesalah jalan raya dikenakan dua hukuman serentak iaitu kompaun dan pemotongan mata demerit seperti yang dilaksanakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

Sehubungan itu katanya, laporan dalam sebuah portal yang mendakwa Awas bertentangan dengan prinsip undang-undang atau 'double jeopardy' seperti mana yang termaktub dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak benar.

"Ia bukan 'double jeopardy' kerana Akta JPJ membolehkan kita kenakan kompaun dan potong markah," katanya pada Majlis Pelancaran Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT), di sini, Khamis.

Katanya 'double jeopardy' yang dimaksudkan dalam laporan portal itu adalah mengenai dakwaan berganda di mahkamah atas kesalahan yang sama, sebaliknya di bawah sistem Awas, pesalah hanya akan dikenakan satu dakwaan sahaja.

Tiong Lai menasihati orang ramai supaya tidak keliru dengan pelaksanaan Awas yang menggabungkan rangkaian kamera bagi merakam kenderaan yang melebihi had laju iaitu sistem penguatkuasaan automatik (AES) dan sistem pemberian mata demerit keselamatan jalan raya (Kejara).

Katanya Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Nadzri Siron telah diarahkan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai sistem Awas yang bermula Sabtu lepas (15 April) dari semasa ke semasa supaya tiada lagi kekeliruan.-Bernama

Liow Tiong Lai

Artikel Sebelum

Artikel Lain