suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Minyak Naik Bermula Khamis

PETALING JAYA: Kenaikan harga baharu petrol RON95 dan RON97 bagi minggu ketiga bulan April bermula Khamis ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM2.24 seliter berbanding RM2.16 minggu lalu, manakala RON97 naik sebanyak sembilan sen, RM2.52.

Harga baharu diesel pula RM2.16 berbanding minggu lalu RM2.08 seliter.

Semua harga-harga baharu ini akan bermula esok (Khamis) sehingga 19 April ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kenaikan harga baharu petrol itu di laman Twitter pada Rabu.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa mekanisme harga baharu bahan api mingguan digunakan bermula April dan seterusnya.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi bahan api.

Dengan mekanisme mingguan baharu ini, harga minyak akan diumumkan setiap Rabu dan harga yang baharu berkuatkuasa selepas tengah malam.

Harga Minyak Naik, April

Artikel Sebelum

Artikel Lain