suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah Umum 25 April Sebagai Cuti Kelepasan Am Gantian

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengumumkan 25 April ini sebagai hari kelepasan am gantian bagi negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata 24 April inimerupakan sambutan Israk dan Mikraj dan ia merupakan hari kelepasan am bagi Kedah.

"Kebetulan 24 haribulan itu Kedah memang cuti Israk Mikraj iatu cuti yang telah kita masukkan dalam cuti umum di Kedah jadi kita ganti pada 25 haribulan cuti kepada Kedah sebab ada pertindihan di situ.

"Jadi Kedah akan dapat cuti dua hari iaitu pada 24 dan 25 haribulan,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini, Rabu.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara bersempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. -Bernama

Kedah, Cuti Am Gantian, 25 April

Artikel Lain