suria

1MDB: Kertas Siasatan Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Polis telah mengemukakan kertas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  kepada Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Polis sedang menyiasat 1MDB secara keseluruhannya. Kami telah siap siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Bukit Aman, Rabu.

Khalid berkata, pihak polis tidak terlibat dalam siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB SRC International.

Beliau mengulas komen yang dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, yang memminta siasatan (SPRM) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di SRC siap tidak lama lagi.

1MDB, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain