Datuk Vida Sah Cerai Talak Satu - Semasa | mStar

Datuk Vida Sah Cerai Talak Satu

IPOH: Perkahwinan selama tiga tahun pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir pada Jumaat apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah di sini.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata beliau dan suami hadir di mahkamah pagi tadi untuk proses lafaz cerai.

"Semuanya selesai dan kami sah bercerai dengan talak satu...Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Ditanya mengenai punca perpisahan mereka, Vida hanya menjawab ringkas jodohnya dengan bekas suami tidak panjang dan perpisahan itu sangat terkesan baginya.

Vida berkata permohonan penceraian mereka difailkan baru-baru ini di mahkamah yang sama.

Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli pernigaan itu.

Datuk Vida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Status 'J' Buat Vida Bawa Diri

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain