suria

Paderi Mungkin Diculik Atas Cubaan Sebar Ajaran

Raymond Koh.

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap kes penculikan Paderi Raymond Koh menunjukkan ia mungkin mempunyai kaitan dengan cubaannya untuk menyebarkan ajaran Kristan di utara negara ini.

Difahamkan satu laporan polis dibuat beberapa individu yang mendakwa Koh dan dua lagi ke Kangar, Perlis pada 19 dan 20 Januari lalu untuk mempengaruhi sekumpulan remaja supaya menukar agama kepada Kristian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

"Kita terima satu laporan mengenai dia (Koh) dan beberapa yang lain cuba untuk menyebarkan ajaran Kristian di bahagian utara.

"Kita melihat perkara ini adalah serius dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Khalid berkata, laporan polis tersebut juga dianggap sebagai petunjuk dalam kes penculikan Koh.

"Keutamaan kita adalah mencari dia secepat mungkin," katanya sambil menambah pihaknya menyiasat kes tersebut dari pelbagai sudut.

Sehubungan itu, Khalid meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penculikan Koh kerana maklumat palsu akan menganggu siasatan.

Pada 13 Februari lalu, Koh diculik dari keretanya oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya.

Raymond Koh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain