suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1.59 Juta Penjawat Awam Sehingga 1 Januari 2017

- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu diberitahu terdapat 1.59 juta orang penjawat awam dan 47,281 orang pegawai kontrak sehingga 1 Januari 2017.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri SK Devamany berkata peruntukan emolumen bagi kakitangan kerajaan pada tahun ini pula adalah sebanyak RM77.4 bilion.

Menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) mengenai jumlah kakitangan awam dan pegawai kontrak, Devamany berkata kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi kawalan saiz perkhidmatan awam.

"Ia termasuk mewujudkan jawatan baharu secara tukar ganti dan penjajaran jawatan, pengisian kekosongan jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan," katanya.

Kepada soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu hasil daripada langkah penjimatan berhemah oleh kerajaan, beliau berkata beberapa usaha mitigasi dilaksanakan terhadap penjawatan dan rasionalisasi.


Artikel Lain