Malaysia Nafi Tuduhan AS, Kaji Semula Aktiviti Dagangan Dua Hala - Tok Pa - Semasa | mStar

Malaysia Nafi Tuduhan AS, Kaji Semula Aktiviti Dagangan Dua Hala - Tok Pa

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyangkal tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang melabelkan Malaysia sebagai 'penipu' perdagangan dan telah bertindak mengkaji semula aktiviti dagangan dua hala dengan negara maju itu.

Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia sememangnya menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.

Malah, kerajaan juga tidak pernah bertindak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan yang menyalahi undang-undang antarabangsa termasuk ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Bagaimanapun, berikutan tuduhan itu, pihak kementerian telah mengambil langkah untuk meneliti semula aktiviti perdagangan dua hala terutama dengan AS.

"Angka (dagangan) kita menunjukkan kita mempunyai lebihan dengan AS pada sekitar US$6 bilion. Namun mengikut AS, jumlahnya adalah melebihi angka berkenaan.

"Dari segi dasar (perdagangan) pula, kita yakin bahawa dasar-dasar kita telah mengikuti amalan biasa dalam perdagangan antarabangsa, termasuk yang telah ditetapkan oleh pihak WTO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Perbincangan Panel  'Rakan Dalam Dunia Pasca Brexit' Malaysia-Britain di sini, Rabu.

Trump dalam satu kenyataannya baru-baru ini, menuduh Malaysia antara 16 buah negara yang disifatkannya sebagai 'penipu' perdagangan dan dikatakan menjadi antara punca AS mengalami defisit perdagangan hampir AS$50 bilion.

Negara-negara lain adalah China, Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia serta Kanada.

Selain itu, mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India baru-baru ini, Mustapa berkata kementerian itu dan Kementerian Pengangkutan akan memastikan bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani kedua-dua negara itu dapat dilaksanakan sebagaimana dirancangkan.

"Hubungan dua hala Malaysia-India sememangnya sudah kukuh dan lawatan Perdana Menteri ke India baru-baru ini amat berjaya (dari segi perdagangan dan pelaburan).

"Kita yakin ia (lawatan Perdana Menteri) akan meningkatkan lagi pelaburan dua hala Malaysia-India menerusi pemeteraian beberapa perjanjian melibatkan 32 pihak bernilai AS$36 bilion," katanya.

Antara MoU terbesar yang ditandatangani itu membabitkan kerjasama untuk membangunkan projek pelabuhan dan bandar raya maritim bernilai kira-kira AS$32 bilion di Pulau Carey, Klang, Selangor.-- Bernama


AS , Trump , Tok Pa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal