suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AADK Giat Perangi 178 Lokasi Panas Penagihan Dadah

PARIT BUNTAR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memerangi habis-habisan penagih dadah di 178 kawasan 'panas' di seluruh negara tahun ini berbanding 14 kawasan pada tahun lepas.

Pengarah (Pencegahan) AADK Abdul Rahman Hamid berkata daripada jumlah  itu, 30 adalah kawasan panas di Perak iaitu di Kuala Kurau di Kerian; Batu Kurau (Larut, Matang dan Selama), Sungkai (Batang Padang), Pulau Pangkor (Manjung), Bagan Datuk dan Batu Gajah.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu AADK membangunkan komuniti setempat untuk membantu membanteras pengedar dan penagih dadah.

"Pegawai kita akan membuat rondaan supaya masyarakat berasa selesa, pengedar dan penagih berasa terancam," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan ketua-ketua kampung di kawasan Kuala Kurau dekat sini, Selasa malam.

Abdul Rahman berkata pertemuan itu bagi membolehkan ketua kampung bekerjasama dengan AADK untuk melaporkan penagihan dadah di kawasan mereka.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan komuniti dan operasi, pihak AADK berjaya menurunkan kadar penagihan sebanyak 12 peratus daripada 65 peratus pada tahun lepas.

Tambahnya pihak AADK telah menahan 382,000 penagih membabitkan mereka yang berumur 18 hingga 35 tahun sehingga tahun 2016.

"Penagih paling muda yang kita tahan berumur 13 tahun dan siasatan mendapati dia menagih sejak berumur tujuh tahun," katanya yang bimbang dengan penagih dalam kalangan remaja bawah umur.

Selain itu, beliau berkata pihaknya bercadang membuka dua lagi pusat pemulihan dadah membabitkan remaja bawah umur dan setakat ini AADK mempunyai dua pusat berkenaan iaitu di Karangan (Kedah) dan Kota Bharu, Kelantan.-- Bernama

AADK, Abdul Rahman Hamid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain