suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanah Sambut Baik PPBM Sertai Pakatan Harapan

Salahuddin Ayub.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menyambut baik hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang secara rasmi bersetuju menyertai Pakatan Harapan.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, rancangan PPBM menyertai Pakatan akan memudahkan lagi pengundi untuk mengundi pilihan mereka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

"Kita sambut baik hasrat Tun (Dr) Mahathir," katanya pada Rabu, merujuk kepada kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mengenai hasrat parti itu.

Pakatan Harapan ketika ini terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.

Bekas perdana menteri itu turut mencadangkan pakatan pembangkang perlu mempunyai logo dan simbol baharu.

"Bagaimanapun, mengenai cadangan menggunakan nama, logo, simbol, dan manifesto baharu, kita akan membincangkannya dalam mesyuarat sebelum keputusan dibuat," kata Salahuddin.


PPBM, Parti Amanah Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain