suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Debat Dengan Tun M Tingkat Industri Pelancongan - Nazri

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Debat pada 25 Mac yang melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal meningkatkan industri pelancongan di Padang Rengas, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, ramai orang akan datang ke kawasan beliau itu bagi menyaksikan debat yang diadakan.

"Ramai orang akan datang, berbelanja dan sebahagian daripada mereka mahu bermalam di sana. Ia akan meningkatkan industri pelancongan di Padang Rengas," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, beliau menurut kehendak Dr Mahathir kerana tiada siapa yang akan menghadiri program jelajah di Padang Rengas jika debat tidak diadakan.

"Tiada siapa yang akan menghadiri 'roadshow' di sana. Sekarang, semua orang akan datang. Semuanya kerana saya. Orang ramai akan datang kerana saya menyahut cabarannya," kata Nazri.


Debat antara Dr Mahathir dan Nazri dijadualkan akan berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah.

Nazri berkata beliau tidak akan mewakili kerajaan dalam program itu dan tidak memerlukan sokongan untuk berdebat.

"Sama ada terdapat sokongan Umno atau tidak, walaupun saya seorang, saya akan teruskan. Saya tak perlukan sebarang sokongan daripada rakan-rakan.

"Saya akan melakukan apa yang saya mahu selagi ia tidak menyalahi undang-undang," katanya.

debat, Tun M, Nazri Aziz, Padang Rengas

Artikel Sebelum

Artikel Lain