suria

Persimpangan Seksyen 16 Dinaiki Banjir Kilat, Sesak Teruk

BANJIR kilat menyebabkan banjir kilat di persimpangan utama Seksyen 16. - The Star

PETALING JAYA: Hujan lebat kira-kira 40 minit di sini pada petang Selasa menyebabkan banjir kilat berlaku di persimpangan utama Seksyen 16, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu-lintas yang teruk.

Dalam kejadian di persimpangan yang menghubungkan Lebuh Raya Sprint, Damansara Link dan Jalan Dato Abu Bakar, empat buah dilaporkan ditenggelami air.

Laluan menuju ke Bukit Kiara dan Pusat Bandaraya kelihatan sesak manakala kenderaan yang mahu menghala ke Jalan Dato Abu Bakar terpaksa berpatah balik susulan banjir kilat yang menutupi persimpangan tersebut.

Pengguna lalu-lintas dinasihatkan agar mengelak laluan tersebut dan menggunakan laluan alternatif.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Sementara itu Bernama melaporkan sebanyak sembilan jalan utama di sekitar ibu kota terjejas akibat dilanda banjir kilat kira-kira 5.40 petang tadi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ab Salim Mansor berkata lokasi-lokasi yang terjejas merangkumi Jalan Bangsar; Jalan Kemuja; Jalan Maarof; Jalan Sultan Ismail persimpangan Jalan Ampang; Jalan Pantai Baru; Jalan Pudu; Jalan Raja Chulan berhampiran Ambank dan Muzium Telekom; Jalan Maharajalela serta Jalan Permaisuri.

Beliau berkata pihaknya telah menempatkan sebanyak 50 anggota trafik dan 10 skuad penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang tadi telah menyebabkan beberapa jalan itu ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

"Namun kebanyakan jalan berkenaan telah mula surut airnya, cuma Jalan Permaisuri masih ada air bertakung," katanya ketika dihubungi, Selasa.


Banjir Kilat, Seksyen 16

Artikel Lain