Johor Komited Banteras Rasuah - Khaled Nordin

KLUANG: Kerajaan Negeri Johor mahu membanteras semua unsur rasuah dan penipuan dalam urus tadbirnya bagi memastikan Gagasan Johor Berkemajuan dapat dicapai.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata komitmen itu ditunjukkan kerajaan negeri dengan memberi kerjasama dalam kes penahanan seorang exco dan tangkapan anggota sindiket berkaitan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor baru-baru ini.

Beliau berkata kedua-dua kes itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin.

"Ini adalah peringatan kepada semua bahawa dalam zaman ini, banyak mata yang memandang. Mereka yang diberikan amanah oleh rakyat perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin...apa pun (kesalahan) yang kita lakukan, kita tidak akan terlepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Simpang Renggam di Kampung Paya, Kluang di sini, Selasa.

Mohamed Khaled berkata beliau percaya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai maklumat yang lebih lengkap bagi menjalankan siasatan kes itu.

Exco terbabit, yang kini bercuti daripada portfolionya, ditahan di pejabat SPRM di sini pada 9 Mac lepas bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah serta penyelewengan hartanah di negeri ini.

Selain menahannya, SPRM turut menggeledah rumah exco terbabit dan merampas wang tunai sebanyak RM41,000, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dan 150 beg tangan pelbagai jenama.

Sebelum itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang bekas pembantu tabdir di sebuah PTG di sini berhubung penipuan pindah milik tanah menggunakan kekerasan dua tahun lepas. 

Mereka yang berusia di antara 38 dan 50 tahun sedang ditahan reman selama 21 hari bermula 7 Mac lepas. - BERNAMA

Mohamed Khaled Nordin, Rasuah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain