PPBM Sokong RUU 355 Hanya 'Andaian' - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin

PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan bahawa parti itu menyokong Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah adalah satu 'andaian'.

Muhyiddin berkata, PPBM belum dapat membuat keputusan berhubung perkara tersebut selagi ia tidak dibentangkan di Parlimen.

"Pendirian saya adalah kita nak lihat apakah keadaannya tapi ada sesetengah pihak yang mengandaikan bahawa kita telah setuju (sokong RUU 355).

"Macam mana kita nak setuju sebab kita sendiri pun belum jelas lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM di sini, Selasa.

Hadir sama pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini bahawa bekas timbalan perdana menteri itu menyokong cadangan pindaan RUU 355.

Tuan Ibrahim berkata, Muhyiddin dalam satu mesyuarat bersama PAS menyatakan akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk RUU 355.

"Kenyataan beliau (Tuan Ibrahim) tak berapa tepat," katanya ringkas.

Menurut Muhyiddin sukar untuk PPBM membuat keputusan berhubung perkara ini selagi tidak dapat ditentukan siapa yang akan membawa dan membahaskannya di Parlimen.

Justeru, dalam hal ini parti mengambil keputusan untuk menunggu dan melihat.

"Soal pokoknya sekarang yang saya sedang tunggu apakah Datuk Seri Hadi yang akan bawa perkara itu atau kerajaan sendiri yang akan bawa usul itu.

"Ada beberapa perkara dari segi teknikal dan urusan Parlimen yang kami tak jelas. Ini bukan satu perkara kecil, jadi kita perlu tunggu satu waktu yang sesuai untuk kita buat satu keputusan muktamad," katanya.

RUU 355 yang dibawa presiden PAS itu bertujuan untuk meminda bidang kuasa Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan ia dijadualkan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ia dibaca kali kedua di Dewan Rakyat tahun lalu, tetapi Hadi menangguhkannya dan berkata beliau mahu memastikan masyarakat faham yang pindaan itu tidak terpakai kepada bukan Islam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain