suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Dirempuh Remaja Pandu Lawan Arus

BUTTERWORTH: Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi Selasa.

Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Insiden itu turut dirakamkan oleh pemandu dari laluan bertentangan dan disiarkan dalam laman perkongsian YouTube di bawah akaun Penang Kini.


Kemalangan Lawan Arus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain