suria

Biarkan SPRM Laksana Tugas Mereka - Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar  bertitah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kerjasama dalam siasatan berhubung kes rasuah di negeri ini.

Baginda berkata, tiada individu boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang dan tiada pengecualian boleh diberikan dalam kes tersebut.

"Biarkan SPRM menjalankan siasatan dan undang-undang dilaksanakan," kata baginda kepada The Star pada Jumaat.

Sultan Ibrahim bertitah, selain polis, pihak SPRM juga ada bertemu dengannya untuk memaklumkan perkembangan terkini siasatan kes tersebut.

"Beta menyarankan agar agensi terlibat melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dan pilih kasih," katanya.

Selain itu, Sultan Ibrahim berharap tiada spekulasi tercetus berkaitan siasatan tersebut.

"Pihak Istana Johor tidak mencampuri sebarang siasatan pihak berkuasa atau melindungi mana-mana pihak," kata baginda.

Sultan Ibrahim, SPRM

Artikel Lain