suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Kargo Vietnam Elak Dikejar Kumpulan Senjata

GAMBAR FAIL

KOTA KINABALU: Sebuah kapal kargo Vietnam berjaya menyelamatkan diri selepas dikejar sebuah bot laju yang dinaiki sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Filipina pada Ahad.

Kejadian berkenaan berlaku di perairan Pulau Boan dekat utara Pulau Turtle di utara Basah, kapal MV Phu An yang dinaiki 13 krew dalam pelayaran menuju ke Sandakan ketika dikejar sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata.

"Krew kapal dengan pantas menukar haluan dan memaklumkan pihak berkuasa," kata komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid.

Kapal kargo itu yang membawa produk makanan, memasuki perairan Malaysia pukul 4.30 petang selepas membuat panggilan kecemasan.

Kemudian sebuah kapal tentera laut Malaysia, KD Sri Tiga mengiringi kapal berkenaan ke Sandakan.

Bot laju yang dinaiki kumpulan bersenjata itu masih gagal dikesan setakat ini.

Esscom, Kargo Vietnam

Artikel Lain