suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Akan Tangani Kemerosotan Ringgit - Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menerima watikah ucapan perasmian daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen pada 6 Mac 2017. -BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan keyakinan terhadap kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menangani kemerosotan nilai ringgit.

Ketika bertitah pada sidang pembukaan Parlimen di sini Isnin, baginda berkata, kemerosotan nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama di seluruh dunia memberi kesan terhadap rakyat.

"Penyusutan ini disebabkan faktor dalaman dan luaran.

"Kita yakin bahawa kerajaan akan bertindak dengan penuh komitmen untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin," titak baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-13.

Selain itu Sultan Muhammmad V berkata, kerajaan komited untuk mengukuhkan fiskal sehingga dapat mencapai belanjawan seimbang pada tahun 2020.

"Langkah kukuh akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperluaskan bidang ekonomi negara daripada RM1.3 trilion kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.

"Dalam jangka masa panjang, kerajaan kita akan memacu Malaysia menjadi antara 20 negara memiliki ekonomi stabil," titah baginda.

Baginda turut menggesa semua pihak untuk bekerjasama bagi mengharungi cabaran dengan meningkatkan produktiviti.

Sultan Muhammad V, Parlimen, Ringgitt

Artikel Lain