suria

Dua Lagi Serpihan MH370 Dijumpai - Liow

KUALA LUMPUR: Dua lagi serpihan pesawat MH370 berjaya ditemui, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Katanya, dengan penemuan terbaharu itu menjadikan kira-kira 27 serpihan dipercayai milik pesawat malang itu telah dikumpul setakat ini.

Liow berkata Malaysia mempunyai perjanjian persefahaman dengan negara-negara Afrika di sepanjang Lautan Hindi untuk membantu mendapatkan sebarang kemungkinan berkaitan serpihan yang terdampar di pesisir pantai mereka.

"Jika mereka menjumpai apa sahaja, mereka boleh menghubungi kita dan pasukan kita akan mengambil serpihan tersebut," katanya pada Selasa.

Jelas Liow, pasukan penyiasat MH370 sedang menyediakan laporan akhir yang sepatutnya siap dalam tahun ini.

Pesawat MH370 hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal.


MH370, Liow Tiong Lai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain