suria

Dua Maut, Empat Cedera Parah Kemalangan Di Bukit Putus

Keadaan kereta Kelisa yang putus dua akibat rempuhan tersebut.

SEREMBAN: Dua rakan terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus di sini Rabu.

Shahrulnizam Abu Hassan dan Zahari Mashor, masing-masing berusia 33 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut serta-merta di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 8 pagi itu.

Akibat kesan rempuhan itu kereta dinaiki mereka terputus dua.

Shahrulnizam bertugas di sebuah bank manakala Zahari merupakan penjawat awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Shariff berkata empat mangsa di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi turut mengalami kecederaan serius.

Dua daripada empat mangsa itu dikenal pasti sebagai Nurul Syafina Abdul Mulop, 23 dan Nursyahira Adila Saiful Zaman, 20.

Identiti dua lagi individu di dalam kereta itu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata siasatan awal mendapati pemandu Perodua Kelisa hilang kawalan sebelum masuk ke arah laluan bertentangan dan merempuh kereta Myvi terbabit.







kemalangan, Bukit Putus

Artikel Sebelum

Artikel Lain